iM4U FM LOGO_ FINAL-02

Siapa Kami
iM4U fm merupakan sebuah stesen radio baru untuk belia yang kini keudara secara rasmi di Lembah Klang menerusi frekeuensi 107.9 fm. Di samping menghiburkan pendengar kami dengan lagu-lagu tempatan dan antarabangsa yang terkini, kami bermatlamat untuk menjadi peneraju dalam khidmat sosial, seiring dengan misi kami untuk memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan belia.

iM4U fm sentiasa menyokong dan menghargai bakat-bakat baru di Malaysia. Disebabkan itu, kami berfungsi sebagai platform bagi para belia dalam menerokai kreativiti terpendam mereka.

Kami bukanlah setakat stesen radio baru, tetapi kami berhasrat untuk mencetus kelainan di persada muzik tempatan dengan menyemarakkan semangat jati diri di kalangan belia. Mesej-mesej positif berkaitan semangat kesukarelawanan, kisah kejayaan, nilai-nilai murni serta pengumuman Dre1m Fund oleh iM4U adalah antara pengisian segmen kami yang bakal dikeudarakan.

Jenis lagu yang kami putarkan
iM4U fm sentiasa mencari lagu terkini daripada bakat-bakat tempatan yang jarang didengari di stesen arus perdana. Kami berhasrat untuk mengubah trend muzik tempatan dengan membuka ruang yang lebih luas untuk mereka menonjol karya masing-masing kerana kami percaya mereka yang berbakat ini wajar diberi peluang. Tibalah masanya untuk kita menghargai dan menyokong pemuzik baru di Malaysia!

Walaubagaimanapun, pilihan lagu kami bukanlah tidak berasas atau mengikut suka kami. Kami hanya akan menyampaikan apa yang pendengar kami inginkan. Untuk memberi gambaran ringkas, lagu yang kami putarkan adalah daripada pelbagai genre, sama ada tempatan mahupun antarabangsa, baru atau evergreen.

Segmen Radio Kami
iM4U fm bertekad untuk memberi pengisian yang terbaik buat pendengar kami, baik aspek hiburan mahupun penyampaian maklumat yang berguna agar mereka sensitif terhadap perkembangan semasa. Program kami yang disusun rapi dari siang hingga malam pastinya akan membuatkan pendengar kami terhibur.

bangkit_im4u2 awesomebeats_im4u2 chillx_im4u1 good-nite_im4u2 lovewave_im4u daweekend_im4u

Screen Shot 2014-09-10 at 5.15.27 PM

Screen Shot 2014-09-10 at 5.16.39 PM

Kenali Penyampai Radio iM4U fm (juga dikenali sebagai “The Jocks”)

Penyampai radio iM4U fm telah dipilih menerusi ujibakat yang telah dijalankan di seluruh Malaysia pada awal tahun ini. Barisan personaliti ini merupakan yang paling menyerlah antara ribuan yang hadir mencuba nasib ketika itu. Mereka adalah:

shah_announcerbanner

1. Mohd Shahrizal (juga dikenali sebagai Shah Sulaiman) – Shah Sulaiman menempa namanya dalam industri hiburan sebagai pelawak menerusi sebuah rancangan realiti tempatan. Juga berpengalaman sebagai pengacara, jejaka yang memiliki perwatakan tampan dan personaliti yang menarik ini pasti membuatkan pendengar ternanti-nanti celotehnya di radio.

tyler_announcerbanner-copy

2. Tyler Lim atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Tyler Boy’ – Merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa daripada Universiti UCSI, bakat muda yang berusia 23 tahun ini telah melakar nama sebagai bintang sensasi YouTube sebelum ini. Tyler fasih dalam pelbagai bahasa termasuk bahasa Inggeris, Mandarin dan Bahasa Melayu.

nasrun_announcerbanner11

3. Nasrun Sofian – Berumur 20 tahun, Nasrun merupakan penyampai yang paling muda antara barisan personaliti iM4U fm. Beliau memiliki Diploma Komunikasi Massa dari Kolej KDU Pulau Pinang. Selain petah berkata-kata, personalitinya yang kelakar dengan lawak yang tidak disengajakan pastinya membuatkan sesiapa senang mendekatinya.

izzul_announcerbanner3

4. Izzul Faizidrus (juga dikenali sebagai ‘John Bear’) – Izzul kini sedang mengikuti pengajian Sarjana Komunikasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Sifatnya yang prihatin dan sensitif terhadap emosi menjadikannya insan yang sesuai untuk berbicara soal hati dan cinta.

jiggy_announcerbanner2

5. Mohammad Aizat (juga dikenali sebagai ‘Jiggy’ – Jiggy merupakan seorang pelakon, pengacara dan pelawak yang telah menempa namanya menerusi rancangan realiti TV tempatan. Selain mempunyai kemahiran sebagai flamethrower (pelontar api), Jiggy merupakan seorang penghibur yang serba boleh. Jiggy juga mempunyai ijazah dalam bidang Psikologi Perniagaan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM).

tv_announcerbanner

6. Thevanesh Rao atau nama singkatannya, ‘TV’ – Jejaka yang berusia 23 tahun ini memiliki Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam jurusan Komunikasi dan Kewartawanan daripada Universiti Monash. Pengacara berbakat ini fasih dalam Bahasa Inggeris, Tamil dan Bahasa Melayu.

dayah_announcerbanner

7. Dayah Bakar – Pengacara TV yang semakin ramai peminat ini mula dikenali menerusi rancangan bual bicara tempatan. Dikatakan sebagai insan yang bijak dan pandai berkata-kata, Dayah mempunyai mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Selain bergiat dalam bidang hiburan, Dayah juga merupakan seorang usahawan yang sedang aktif memajukan perniagaan butik online yang bernama Fashioncents. Gadis peramah yang berpersonaliti ceria dan havoc ini pastinya membuatkan ramai yang senang dengan gelagatnya.

Pasukan Kembara Jalanan Kami

Pasukan Kembara Jalanan iM4U fm akan meronda dan menemui para pendengar di tempat tumpuan ramai, serta menganjurkan pelbagai aktiviti, acara dan peraduan yang menyeronokkan sambil memupuk unsur tanggungjawab sosial. Pasukan kembara khas ini bukan sahaja menyebarkan pesanan positif yang berkaitan dengan rancangan program yang disiarkan, tetapi turut membawa cenderahati dan hadiah untuk orang ramai. Layari

Street Team iM4U fm merupakan wakil kami di luar studio untuk berhubung dengan para pendengar kami. Dengan menggunakan tempat awam sebagai lokasi, Street Team berperanan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang membolehkan orang ramai memenangi hadiah eksklusif menerusi peraduan yang diadakan. Pastinya, aktiviti yang dijalankan bukan berpaksikan hiburan semata-mata, tetapi diselitkan dengan mesej-mesej positif yang bermanfaat.

Sila layari www.iM4Ufm.my untuk menyemak jadual rondaan Street Team iM4U fm supaya anda tidak ketinggalan! Alternatifnya, anda juga boleh ikuti kami di laman sosial untuk pelbagai info terkini berkaitan dengannya.

Siaran Online

Anda boleh mendengarkan kami di mana-mana pada bila-bila masa hanya dengan melayari www.iM4Ufm.my mulai 15 September. Dengan siaran radio Internet, anda pastinya tidak akan ketinggalan untuk mendengar lagu-lagu fresh dan terkini selain segmen menarik daripada para penyampai kami sepanjang masa.